Wednesday, 18 December 2013

Oh Gunung Kinabalu....tempat jatuh lagikan dikenang

Assalamualaikum...

Hidup saya totally berbeza setelah berkahwin kemudiannya terus bunting pelamin. Itulah rezeki dan anugerah dariNya. Tidak cepat, tidak lambat sempurna seperti perancangannya. Hati yg risau, sedih, kecewa, tertanya-tanya semasa belum kahwin dulu, bila lah agaknya nak dapat anak sendiri kini terjawab. Alhamdulillah. Syukur sangat. Walaupun lewat jodoh, tetapi Allah telah beri anak dari rahim ini dengan cepat. Tak perlu tertunggu-tunggu, tak perlu ternanti-nanti. Itulah hikmah yang Allah beri. Dugaan sebelum kahwin memang maha mencabar. Sehingga berdoa tak termampu olehku lagi untuk menghadapinya. Benarlah...Allah itu menduga seseorang mengikut kemampuannya. Dalam masa merawat hati, memikirkan cara untuk terus lulus dalam ujian hidup, saya merancang untuk menawan gunung kinabalu. Tidak disangka sama sekali pendakian mengukur kemampuan diri kemudiannya Allah kurniakan yang sebaliknya.

Bersabarlah hati....alhamdulillah Allah temukan dengan suami. Hanya 6 bulan berkenalan maka sah dan halal lah kami. 10 bulan seterusnya lahirlah Muhammad Adam Umar. Cuma tidak seperti kebiasaan keluarga...kakak-kakak..anaknya keluar ikut pintu. Adam Umar ikut tingkap. Kemudiannya selepas Adam genap setahun 3 bulan lahir pula permata kedua kami Muhammad Ali Luthfi alhamdulillah melalui pintu. Rasanya seperti baru sahaja perkenalan kami. Ya memang benar sebelum kahwin terlalu banyak dugaan kami di bahagian masing-masing. Tetapi selepas kahwin tidak kurang juga dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk. Tahap kesabaran yang dibentuk sebelum kahwin kena ditingkatkan lagi lebih 500%.

Dulu kami hanya bertanggungjawab pada diri sendiri, sekarang tanggungjawab pada anak-anak, pada pasangan dan keluarga sangat penting untuk difikirkan. Tiada lagi ruang banyak untuk diri sendiri. Segala tindakan kita ada mata kecil sayu memandang penuh persoalan penuh penilaian. Untuk membentuk jiwa mukmin sejati, penegak agama, pejuang iman, kami juga harus berhijrah membaiki diri sendiri dahulu disamping berusaha mendidik amanah anak-anak syurga ini.

Apapun semoga kami istiqamah dalam usaha murni ini. Juga semoga kami sentiasa diberi petunjuk dan nikmat keimanan ini di dunia dan akhirat.  Untuk anak-anak anugerah kami, kami doakan anak-anak menjadi anak yang soleh, pejuang agama Allah dunia akhirat.. Amiin..


No comments:

Post a Comment