Thursday 19 December 2013

Children of heaven....

Assalamualaikum,

Hari ini duduk rumah tengok iklan di tv al hijrah... Children of heaven....

Memang sangat menyayat hati cerita ini....
Kisah sebuah keluarga yang miskin..
Kisah seorang abang dan adik yang memahami erti kehidupan, kasih sayang dan pengorbanan...
Kisah seorang abang yang berusaha untuk mendapatkan apa yang diigininya iaitu sepasang kasut baru dengan memenangi perlumbaaan di tempat ketiga...tidak lebih dari itu.. Tapi alangkah kecewanya dia apabila dia menjadi johan perlumbaan itu. Punah impian untuk memiliki kasut supaya dia tidak perlu berkongsi kasut dengan adiknya setiap hari.

Kisah yang sangat memberi inspirasi dan pengajaran. Semoga anak kita akan terdidik dengan sikap berpada, menghargai apa adanya dan sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga..

Amiinn...

Selamat menghayati...


Wednesday 18 December 2013

Oh Gunung Kinabalu....tempat jatuh lagikan dikenang

Assalamualaikum...

Hidup saya totally berbeza setelah berkahwin kemudiannya terus bunting pelamin. Itulah rezeki dan anugerah dariNya. Tidak cepat, tidak lambat sempurna seperti perancangannya. Hati yg risau, sedih, kecewa, tertanya-tanya semasa belum kahwin dulu, bila lah agaknya nak dapat anak sendiri kini terjawab. Alhamdulillah. Syukur sangat. Walaupun lewat jodoh, tetapi Allah telah beri anak dari rahim ini dengan cepat. Tak perlu tertunggu-tunggu, tak perlu ternanti-nanti. Itulah hikmah yang Allah beri. Dugaan sebelum kahwin memang maha mencabar. Sehingga berdoa tak termampu olehku lagi untuk menghadapinya. Benarlah...Allah itu menduga seseorang mengikut kemampuannya. Dalam masa merawat hati, memikirkan cara untuk terus lulus dalam ujian hidup, saya merancang untuk menawan gunung kinabalu. Tidak disangka sama sekali pendakian mengukur kemampuan diri kemudiannya Allah kurniakan yang sebaliknya.

Bersabarlah hati....alhamdulillah Allah temukan dengan suami. Hanya 6 bulan berkenalan maka sah dan halal lah kami. 10 bulan seterusnya lahirlah Muhammad Adam Umar. Cuma tidak seperti kebiasaan keluarga...kakak-kakak..anaknya keluar ikut pintu. Adam Umar ikut tingkap. Kemudiannya selepas Adam genap setahun 3 bulan lahir pula permata kedua kami Muhammad Ali Luthfi alhamdulillah melalui pintu. Rasanya seperti baru sahaja perkenalan kami. Ya memang benar sebelum kahwin terlalu banyak dugaan kami di bahagian masing-masing. Tetapi selepas kahwin tidak kurang juga dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk. Tahap kesabaran yang dibentuk sebelum kahwin kena ditingkatkan lagi lebih 500%.

Dulu kami hanya bertanggungjawab pada diri sendiri, sekarang tanggungjawab pada anak-anak, pada pasangan dan keluarga sangat penting untuk difikirkan. Tiada lagi ruang banyak untuk diri sendiri. Segala tindakan kita ada mata kecil sayu memandang penuh persoalan penuh penilaian. Untuk membentuk jiwa mukmin sejati, penegak agama, pejuang iman, kami juga harus berhijrah membaiki diri sendiri dahulu disamping berusaha mendidik amanah anak-anak syurga ini.

Apapun semoga kami istiqamah dalam usaha murni ini. Juga semoga kami sentiasa diberi petunjuk dan nikmat keimanan ini di dunia dan akhirat.  Untuk anak-anak anugerah kami, kami doakan anak-anak menjadi anak yang soleh, pejuang agama Allah dunia akhirat.. Amiin..


Wednesday 4 December 2013

Itali, cabaran 13 hari

 Journey to understand ourself....continue.. 
 From KLIA-Amsterdam-Rome-Sorrento-Pompei-Naples-Milan-Venice-Bologna-Florence-Pisa-Rome-Amsterdam-KLIA

1/3/2013
Flight yang kami booking adalah KLM melalui website KLM sendiri. Flight pukul 11.45 dan transit di amsterdam 1 jam sahaja. Memang kelam kabut la untuk kami yang tak pernah ke europe kemudian nak check in untuk ke rome pula dr amsterdam. Alhamdulillah sempat. Kami sampai pukul 6.30, pukul 7 dh kena naik flight ke Rome nasib baik flight delay sebab tunggu passenger dr US yg flightnya lmbt sampai. Kalau tak terkapai-kapai la kami.... Hihi..

Dalam flight ke amsterdam mmg en hubby dh pilih seat tepi tingkap mmg enjoy the view. Ada 3 seat, so seat satu lagi tu sorang mat saleh duduk. Kami borak2 rupanya mat salleh tu keja kt Boustead Lumut. Dia sangat happy dapat bali forever ke Finland yg transit amsterdam. Dia kata Finland lg best n heaven dr Malaysia. Hahaha... Mmg terserlah happynya dia. Siap lambai2 bye bye Kuala Lumpur. Bye bye forever Malaysia. Kami gelak je pada dia. macam happy sgt dpt tinggalkan Malaysia. Maybe sbb Malaysia panas sgt kot. Dan duduk pulak di Lumut yg takde apa2 tu.

Dalam flight kami duduk berhampiran dua org pompuan dari Holand. English pon boleh tahan. Dari situ kami br nak faham rupanya org2 Europe ni tak berapa boleh speaking english...adoi... But ok la faham jugala dia citer pasal Holand yg cantik. Ada festival tulip. Mmg very beautiful holand. WOW.... haha... Then ada guys lalu this mak2 n nenek org ni boleh cuit2 usha mamat tu. Kelakar tgk, how they enjoy their holiday and friendship


2/3/2013
2nd March kami masih dalam flight. Rasanya 20 jam lebih dalam flight, Tapi europe adalah dibelakang malaysia, so waktu dia terkebelakang, so lambat sket dari Malaysia. Kalau ikut kiraan sebenar kami 20 jam lebih kami patut sampai dalam 3 March 2013. Tapi refer la sendri map dunia ye.. Hihi... Kami sampai Rome terus cari train ke Napoli(Naples). Dari Napoli pulak kena tukar train ke bandar/pekan tepi lautnya iaitu Sorrento. Kiranya, dari airport kena naik train ke ROMA CENTRALE (Centre Rome) kemudian ambil train ke NAPOLI CENTRALE kemudian tukar train kecik macam train kampung ke SORRENTO.
ROMA CENTRALE--NAPOLI CENTRALE (2-3j)
NAPOLI CENTRALE -- SORRENTO (1j)
             

Memang letih, sampai hotel pon dah flat. Malam dah. Berbekalkan megi dan kit kat je kami punya dinner. Memang tak larat kuar mana pon. Tapi memaang best persekitaran sejuk dan nyaman... Pekan Sorento ni pulak, pokok-pokok hiasanya adalah pokok limau/oren. Memang best je...

3/3/2013
In permandangan indah di pagi hari. Sorrento bandar yang membangun di Italy disebabkan aktiviti maritim!. Memang cantik dan tenang tempat ni! Memang kami akan datang lagi nanti! In sha Allah kalau ada rezeki! :)


Bangun, breakfast kena bersiap-siap untuk conference, kat itali ni conferece dikenali sebagai congress. So kalau org itali tanya jawab je i have congress..sure deme paham. Kalau cakap conference terkebil-kebil mata deme. Hahaha. Ok Saya present poster je. Tapi amat menarik kerana ramai cendekiawan bagi idea dan pendapat. Dapat banyak improve saya punya research. Network pon banyak dapat. Seronok...seronok...






4/3/2013
Second day kat sorrento, dah lepas my slot untuk presentation. Selepas habis dengar talk, dan pusing-pusing poster gaiin knowledge. Kami lari jap kat tapak tinggalan sejarah. World UNESCO kalau tak silap kat POMPEI ITALY. 


 

 Yang bestnya kt sini matahari terpacak atas kepala tapi sikit pon tak peluh... hihihi... Sejuk je..habis tawaf satu kawasan. Kuar dari tempat ni kami makan seafood pasta sebab dh tak larat telan kit kat ngn air masak.

5/3/2013
Masih lagi di sorrento, selesai dengar talk dan tengok poster kami deside nak ke NAPLES naik bot. Pagi tu kami sempat pusing-pusing pekan Sorrento memang cantik!! Jadi lepas check out pukul 1 tgahri. Kami pon jalan



                   








      
Jalan raya bertingkat yang dibuat dari belahan bukit. Memang menarik.  Survenir yang menarik. Industri seramik, ukiran kayu memang cantik2 disini.

6/3/2013

  

 

Pagi-pagi 6 march kami dah sampai MILAN!! Kami ambil night train dari NAPOLI shoot terus ke MILAN. Oh ya kami terus beli untuk EURAIL PASS, lebih mudah takde la tiap kali nak naik train nak kena beli tiket. Cuma kena tahu baca jadual perjalana dan alert train tu boleh guna untuk eurail pass ke tak. Jangan salah naik train!! Nanti kena bayar penalti!!. Alhamdulillah nasib ada tempat simpanan beg di setiap hentian keretapinya. Memang mudah nak jalan2. Simpan beg luggage berat2 tu kemudian travel je dengan sehelai sepinggang. Di Milan ni terutama DUOMO di MILAN ni hati-hati sikit dengan orang turki, kami kena peras ugut euro50 semata-mata deme bagi corn untuk kami bg burung makan je. Huhuhu... Keselamatan penting kan.. Datang sampai 4-5 org kt kami. Deme minta 10 euro sorang. Kopak... huhu.. ISLAM ok... cuma mungkin taraf hidup disana yang jadikan mereka begitu... Huhu..




Kami cuma berada di sekitar DUOMO DI MILANO sahaja. Selain ada churh kat dalam gambar tu, sebelah tu ada pusat membeli belah.. Apa lagi haven la untuk kaum wanita kan.. Tak beli pon window shopping je la... Sempat la minum di Gucci Cafe... WOW macam takde je kat Malaysia(mode jakun).

Kemudian dah petang kami balik semula ke train dan teruskan perjalanan ke Venice!!



7/3/2013

Ohh venice... Kami sampai venice malam!! Ye la bertolan dari milan pon dah lambat. Sampai train amik pulak bot ke hotel. Silap kami pegi booking hotel yang kena naik bot.. maklumla pengalaman pertama.. Hotel yang mula-mula kami duduk memang la tak best. Booking sebab murah, bayangkan nak cari bilik hotel macam main explore race. Sampai ada pasangan mat saleh tolong kami cari bilik kami. Pekerja hotel pon tak membantu untuk bawa kami kebilik. Lepas tiga kali turun naik hotel (guna tangga ok) kami dah tak larat give up, suruh jugak pekerja hotel tunjuk bilik. Ya rabbi memang la boleh sesat. Memang creepy sesangat!!! Dah la sebelah je gereja lama yang paling besar kat pulau tu. Memang tobat la... Hotel Antico Panada (JANGAN BOOKING TAU) nama pon dh menakutkan kan!

Kami tido pon tak lena malam tu.. Macam banyak je syaiton... hahha.... esoknya terus chechkout, jalan2 sekitar pulau. Tapi cuaca tak berapa baik hujan. Pegi berhampiran pasar venice dapat la beli baju anak-anak dan survenir sikit. Baju budak pon dah 7 euro. Cuba conver duit kita. Tu yg beli kt pasar tu. Hihi.. Yg paling best of coz la naik gondola!! Dapat pula pengayuh yg sporting boleh berbahasa inggeris sikit2. (JGN TAK TAHU ORG ITALY TAK RAMAI BOLE BERBAHASA INGGERIS NAK JUMPA PUNYA SUSAH).

Cuba tengok baju belang-belang si Fabian ni pakai dah ala-ala macam dalam filem dah. Hahaha.... 80 EURO untuk satu trip kalau tak silap... Adeh dasyat tapi mana tau sekali seumur hidup!!.. Bole je sharing ngan couple lain tunggu ramai2 bole naik sampai 4-6 org if tak silap. Tapi kami nak dating romantik-romantik berdua.. hihihi..(GEDIXS)...

Lepas seharian di Venice, lunch kat Hard Rock Hotel, kami gerak dekat dengan train terminal tapi kami check in hotel lain. Hotel GRAND CONTINENTAL kalau tak silap. Hotel ni memang best! TIPS: Lain kali book international hotel je konpom tak kecewa dengan service dan bilik hotel.


  



8/3/2013

   
Kami singgah kedai makan di Panigale ni dulu sebab next trip untuk masuk kilang adalah pukul 2 lebih. Alhamdulillah ada mamat Sepanyol tolong kami nak booking tempat untuk masuk dalam lawatan kilang tu. Allah memang maha kaya dan bijak dalam pengaturanNYA. Kami sampai depan kilang/museum ducati tu tanpa apa-apa booking untuk masuk!!
    


En suami dengan gembiranya sudah tercapai hajat untuk ke museum ducati ni. Hihi... Saya juga tumpang happy sebab en suami happy!.


9/3/2013

Oleh sebab dah lewat meninggalkan Bologna, kami sampai Florence pon agak lewat. Kami stay kt Florence dua hari. Objektif utama disini sebab nak pergi Hard Rock cafe Florence. Then kami buat day travel ke PISA. Nak la juga tengok beza PISA italy yg sebenar dengan PISA teluk intan kan. Kami dah tengok beza Venice Italy dengan Venice of perak.. Kiki...

Florence boleh dikatakan agak moden. Tengok keretapi dah tahu. memang best. Kami ambil pengajaran dari venice kali ni kami tempah hotel yg walking distance je dari train senang. Save budget. Jalan kaki je sampai.

Dari florence kami ambil train dengan laluan lain menghala ke pisa. Laluan berbeze venice-bologna-florence-rome. Dekat Florence ni ada laluan lain Rome-Florence-Pisa-Milan. Jadi dari Florence kami ke PISA. Pekan kecik je PISA tu ala-ala lebih kurang teluk intan je. Memang yang menjadi tumpuan hanya PISA. Tapi ok jugak la kan... kami naik bas pusing-pusing bandar tu. Alahai kecik je. Hihi...

       




 Apa pun alhamdulillah dah sampai PISA. Masa ni serangan selsema dah bermula. Cepat-cepat pergi Farmasi dan beli ubat selsema semualjadi dari pati oren dan madu. Kt sini nak cari panadol kt kedai runcit jangan harap la. XDE. Kat farmasi pulak yang kerja tu mesti betul-betul ada knowledge farmasi!! Dah gayanya kami beli ubat dari doktor pulak. Memang bagus.


10/3/2013
Bertolak ke Rome setelah puas jalan-jalan di Florence. Actually tak kemana pon cuma ke Hard Rock cafe mencari koleksi-koleksi baju dan fridge magnet yang dipesan kawan-kawan en suami. Kemudian pukul satu kami check out dan jalan kaki ambil train terus ke Roma Centrale. Dari Roma centrale kami ke Rome Fiumiciono Airport stesyen sebab kami book hotel yang ada airport transfer. Jadi turun train dekat airport kami terus cari stesen bas dan mencari kereta airport hotel kami.
Waktu paginya kami ambil peluang pusing-pusing Florence dulu. Banyak gereja juga kat sini. memang moden tapi macam ada aura kristian yang kuat.. Hihi...
Pukul 2.30 kami sampai ke terminal airport utk ambil aiport shuttle ke hotel. Kami ambil aiport shuttle senang supaya nnti boleh balik ke airport dgn senang.

11/3/2013
Dari hotel nak ke Roma Centrale agak jauh. Kami berjalan kaki ke stesyen bas. Sudah tahan beberapa bas tapi tiada yang berhenti. Mungkin kami tak faham sistem bas disitu macam mana. Lepas tu kami decide ambil teksi je la. Sebab kami nak ke Masjid yang terbesar di Eropah. Moschea di Roma. Hati-hati dengan sebutan, saya bagi tahu teksi nak pegi moskea di roma... last-last dia hantar ke colloseum. Aduh... Bila sebut moshea.. baru dia faham...dah pulak ke other site yang lain untuk ke masjid tu. Aduh kena hampir 70 euro juga la disebabkan ketidak survival kami ni. 70 euro darab 4 kot..huhu rm280 habis mcm tu je. Tapi takpe la dari bagi kena paksa macam dekat Milan tu. Lagipun ni niat baik nak cari rumah Allah. Huhu..


            
Gambar Masjid di Rome. Kesian, sangat besar dan cantik tapi lengang.  Antara negara yang menyumbang untuk pembinaan masjid ni ialah MALAYSIA!!


Colloseum, kami dah sampai lewat disini. Segalanya dah tutup pukul 6. Semua orang dah tutup perniagaan. Kami tak dapat masuk dah. Esok dah nak balik. Bergambar kt luar pon jadilah. Apa pon alhamdulillah kami sempat cari rumah Allah di bumi Rome ni.






                              
 Ada tempat solat ye di Airport ROME cari Sala di perghiera.. Daari Rome ambil flight ke amsterdam dan perjalanan jauh ke KUL Malaysia!!

 


12 March kami bertolak balik ke Malaysia. Alhamdulillah 13 March kami dapat berjumpa semula dengan permata hati kami Si Adam ali.. muahs..muahs...

Perjalanan kali ni memang membantu kami mengenali bumi Allah yang luas juga, membantu kami mengenali diri masing-masing dan juga pasangan kami. Semoga Allah memberkati perjalanan bahtera perkahwinan kami dunia akhirat.. Amiin...


USS trip adam ali 2013



Assalamualaikum...


Pertama kali kami merancang bawa anak-anak ke luar negara... Hihi..Singapore je pon. Tu pon ke USS je. Penginapan kami di Johor, New York Hotel, ambil pakej hotel+USS. Rm350 per person. Untuk kami rm700 la. Alhamdulillah anak-anak tak kena se sen pon... Haha... So yang seronok main tentulah ibu ayahnya... Anak-anak kecik bukan boleh main apa sangat pon..

Kami bertolak dari hotel pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas ekspress yang disediakan. Memang semua kenal pon sebab, semua kawan pejabat suami. Ni kira pakej percutian plus kerja la. Kami ister dan anak-anak tumpang sibuk je... hihi...

Dalam pukul 10.30 kami sampai la USS selepas dua kali turun bas dekat sempadan. Sekali di sempadan malaysia sebelah johor, sekali lagi di sempadan singapore sebelah singapore lah... Lotih angkat anak turun naik dan beratur nak check passport je pon...




Apa lagi sampai je mula la operasi menerjah USS mulakan dari kanan, so lawan arah jam la.. Sebab kes nak jumpa transformer dulu punya pasal.. Haha...
Tips untuk ibu bapa yang bawa anak kecik macam kami bergilir-gilir lah! Ambil SINGLE TRAVELER punya line memang cepat! Kalau nak bawa anak, tak dapat sebab budak ada ketinggian minimum. Adam ali tak boleh masuk boleh katakan hampir semua. Cuma adam, adalah masuk shriek, memang suka dia. Ali tak dapat masuk sebab tidur.. Alahai. Kemudian kami cuma masuk sekali beramai-ramai the making of spielberg(betui ke ejaan ni hantam sajala) movie. Memang best jugak.
                                           

Adam ali enjoy dengan show Madagascar, dapat la jumpa alex dan kawan2. Pengiun yang kiut miut... hihi... Adam sangat takut dengan dinasaour dan the mummy. Tapi dengan transformer memang dia suka tak habis-habis tunjuk robot.. hihi...


                                   



Lihatlah ketakutan adam pada kepala dinosour ni.. Hahaha. Si ali tidur la pulak masa ni. Memang kelakar tengok gambar ni.


Cuba lihat siapa yang memandang kami dengan sinaran mata biru....


USS ni tutup pada pukul 6.30 petang. Kami yang lurus bendul ni pon baru nak gerak kuar pukul 6.30. Mana taknya kami boleh pusing sampai dua kali. Rupanya kami last person dalam bas. Semua orang tunggu kami. Memang kami menggunakan semua masa yang ada la nampaknya. Hihi....

Bye---bye--- USS... Penutup untuk 2013 cuti-cuti kita ye anak-anak. 2014, Ayah ibu dah planning baik punya...





Passport hilang!!!!???

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsi al kisah passport hilang. Kebetulan kedua-dua kami suami isteri kehilangan passport. Tak sangka susah juga sebenarnya kalau hilang passport ni. Kami pon baru sedar passport hilang lass minit. Hari sabtu tu konon nk terus pegi UTC renew passport, tapi dari pagi sampai pukul 2 cari passport tak jumpa-jumpa. Kami berdua nak renew je, lepas tu nak ke UTC tu nak buat passport anak-anak skali. Tapi akhirnya dugaan melanda lagi pegi UTC pudu, blackout la pulak, pegi UTC lain dah sah-sah la habis nombor dah pukul 4 lebih dah.

Kalau hilang passport nak buat apa?

1. Report kehilangan passport di balai polis berhampiran. Dapatkan salinan report polis tu.
2. Pergi Pejabat imigresen/UTC rujuk bahagian kehilangan passport (kalau kat putrajaya ada bilik berasingan untuk kes kehilangan ni).
3. Isi form kehilangan yang diberikan, bawa salinan kad pengenalan, salinan surat beranak dan pelbagai dokumen dalam list yang diberikan  (banyak oo...siap mati setem bagai)
4. Hantar pada bahagian kehilangan, mereka ambil masa sekurang-kurangnya 3-5 hari bekerja untuk menyiasat sebelum boleh dibenarkan untuk buat passport baru. (Jadi untuk yang last minit nak travel hilang passport tu sabar je la ye...tunda penerbangan anda atau cari bersungguh-sungguh passport yang hilang tu tak kira apa cara sekalipon waima guna kucing pengesan sekali pon ;) )
5. Kemudian baru bole mulakan proses semula untuk buat passport baru.






Untuk kami alhamdulillah.... selepas percubaan di hari kelima selepas tiga hari berturut meredah imigresen dan balai polis, hari keempat terpaksa balik sebab tak bawa surat beranak, cari punya cari surat beranak pulak...last-last kami jumpa PASSPORT kami!!! Haha... gelak kt diri sendri sebab sangat pandai menyimpan....

Lepas jumpa passport cuma, passport suami kena renew, saya punya tak payah. Buat passport anak-anak pon setel. Kami dapat nombot giliran yang dah last-last juga la. Petugas yang bagi nombor tu siap cakap kalau dah 4.30 belum panggil nombor ni kira burn la ya...

Tapi kebetulan kami tunggu juga, tengok-tengok kaunter panggil no kami pada pukul 4.45. Alhamdulillah sebelum pukul 5.30 setel semua passport suami dan anak-anak. Jadi pada sesiapa yang dah amik nombor tu tunggu je sampai nombor dipanggil (kat putrajaya le) kat tempat lain tak pasti. :)

Ok sharing is caring...

Tuesday 22 October 2013

Happy birthday Adam 3 tahun!!

Assalamualaikum....

Ini adalah post yang dah lambat... bak kata orang udah basi...
Anyway sangat happy nak masukkan dalam blog ini sebagai kenangan...

Pada 11 Oktober 2013 genaplah Muhamad Adam Umar berusia 3 tahun....
Cepatnya masa berlalu kini dia sudah petah berbicara...
Kali ini kami membuat persediaan...lebih sedikit dari tahun-tahun sebelumnya kerana Adam sudah pandai berbicara tentang keinginannya...
Seronok tengok dia happy bawa balik gift bag birthday kawan-kawan yang selalu sambut di taska...siap dia nyanyi2 sekali...
Kami tak buat persediaan besar-besaran, cuma order kek dan sediakan gift bag je.... Kemudian plan buat petang Jumaat. Senang en suami boleh balik terus petang tu. Kalau buat pagi, alahai maunya hari jumaat tu balik lambat....
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... Balik je dari taska en ayah bawa kami untuk pilih basikal adam. Dan adam sangat happy! Malah dia dah pandai kayuh basikal tu dengan baik, tapi masih guna roda tiga lah...


 Kek yang di pilih oleh adam...


 
Adam seronok bagi gift bag kat kawan-kawan.. Semoga dia mendapat pengalaman memberi dan berkongsi dengan kawan-kawan dari amalan ini..

Yaya, yang setia bersama Adam dan Ali di taska, dan sentiasa menjadi motivasi Ali untuk datang taska.. hihi... Comel!
 

 Kesian pada ali yang tak dapat basikal. Dari beli satu basikal untuk Adam, end up en suami beli dua basikal. Yang boleh naik dua orang ni memang mengeratkan lagi hubungan abang adik ini.. Alhamdulillah...

 Dan...inilah hadiah untuk Adam di usia 3 tahun. Kesian sebab pegi rumah saudara mara, suka sangat naik basikal mereka. Akhirnya ayahnya beli untuk adam! Basikal Fixie lagi tu.... Angry Fixie!!! Sangat warna warni! menceriakan lagi hidup kami...

Selamat Hari Lahir anakku Adam Umar! Semoga anak-anak kami akan menjadi anak-anak yang soleh yang tetap mendirikan solat dan menjadi pejuang agama kebenaran ini. Ameenn.....







Sunday 20 October 2013

Pengajian usuludin... UM

Pengajian usuludin...


Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
 
Objektif 
Kursus jangka pendek pengajian awam diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu Usuluddin kepada masyarakat awam.

Program yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat dalam disiplin pengajian Usuluddin. Peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan berbagai aspek yang terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari sudut perkembangan sejarah dan yang relevan masa kini.
Kursus ini sangat berguna, kerana peserta-peserta dapat sama-sama mengikuti dan memahami perkembangan semasa dan dapat meningkatkan tahap pemikiran terutama dalam soal yang berhubung dengan Usuluddin.

Struktur Program
Kursus ini ditawarkan dalam 3 Modul (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3) yang berasingan. Pelajar diminta memilih mana-mana modul yang ingin diikuti terlebih dahulu tetapi sebaik-baiknya dimulakan dengan modul 1. Pelajar yang tamat mengikuti mana-mana modul dan ingin mengambil modul yang berikutnya perlu memohon sekali lagi. Setiap modul akan diaugerahkan sijil kursus.


Modul 1
Asas Akidah I
Huraian tentang konsep asas dalam akidah Islam yang merangkumi konsep tauhid, nubuwah dan ahli sunnah wa al-jama’ah serta hubungan di antara akidah dan syariah.

Pengajian Tafsir
Huraian tentang pengajian tafsir al-Quran yang merangkumi definisi tafsir, bentuk-bentuk tafsir, ciri-ciri kelayakan membuat penafsiran ayat-ayat al-Quran dan pembahagiannya kepada aliran-aliran seperti al-Ma’thur dan al-Ra’y.

Pengajian Hadis
Huraian tentang konsep serta istilah yang berkaitan hadis, kedudukan dan peranan al-Hadith dalam Islam serta sejarah ringkas mengenai penulisan, pembukuan al-Hadith dan Ulum al-Hadith, pembahagian al-Hadith dari beberapa aspek, faktor-faktor penolakannya serta metode-metode periwayatan al-Hadith dan adab-adabnya.

Sirah Rasulullah
Huraian tentang sirah Rasulullah bermula dari kebangkitan baginda sebagai Rasul sehingga kewafatan baginda serta kesan dan bentuk teladan yang boleh diaplikasikan oleh setiap individu muslim atau lebih dikenali sebagai fiqh al-sirah.
 

Modul 2
Pemikiran Islam
Huraian tentang kedudukan akal dan Islam, konsep pemikiran Islam, perkembangan ilmu-ilmu warisan Islam dan peringkat perkembangannya serta sumbangannya dalam isu-isu pemikiran moden.

Akhlak Islam
Huraian tentang konsep akhlak yang berintipatikan al-Quran dan al-Sunnah serta akhlak Rasulullah s.a.w sebagai suatu sistem dan budaya hidup kepada pembinaan masyarakat Islam yang cemerlang.

Asas Dakwah
Huraian tentang isu-isu dasar di dalam dakwah khususnya melibatkan hukum berdakwah, metode dan peringkat dakwah serta pendekatan dakwah dalam masyarakat di Malaysia.

Asas Akidah II
Huraian terhadap beberapa bahagian penting dalam perihal akidah yang merangkumi konsep Sifat-sifat Allah, al-Nubuwwah, al-Risalah, al-Qada’ dan al-Qadar berdasarkan pandangan para ulama’ Salaf dan Khalaf.
 

Modul 3
Tasawuf
Huraian tentang konsep tasawuf berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, tasawuf yang bersifat falsafah, perkembangan tariqah sufi dan faktor-faktor yang berkemungkinan menjadi penyebab kepada berlakuya penyelewengan tasawuf.

Perbandingan Agama
Huraian merangkumi aspek keagamaan dalam masyarakat pelbagai etnik dan agama yang merangkumi falsafah ketuhanan, sumber hukum, syariat dan sosio-budaya suatu bangsa serta agama.

Aliran Pemikiran Islam
Huraian tentang aliran pemikiran Islam yang merangkumi sejarah gerakan pemikiran Islam seperti aliran Tradisionalis, Modenis, Reformis, Tajdid dan Sekularis dan Adab al-Ikhtilaf serta fenomena pelampau agama.

Falsafah Islam
Huraian merangkumi sejarah dan definisi falsafah Islam, tokoh-tokoh falsafah Islam dan pandangan mereka, beberapa persoalan pokok di dalam falsafah Islam seperti teori ilmu pengetahuan, ketuhanan, alam tabi’e, akhlak, politik, kemasyarakatan dan perbandingan dengan falsafah Yunani.
 

    
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadual Program
Kursus dijalankan secara separuh masa selama 4 bulan bagi satu modul iaitu 32 jam kuliah keseluruhannya.

Jadual kelas adalah seperti berikut: 

Tempat Kuliah   :  Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur                                       Masa Kuliah      :   Sabtu (3.00 ptg – 5.00 ptg)


Kaedah Penilaian
Peperiksaan : 100%
Peperiksaan akan diadakan bagi setiap modul.

Syarat Kemasukan
Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.
Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.


Jadual Pengambilan
Mei dan Oktober

Yuran Pengajian
Yuran bagi setiap modul adalah RM300

*Termasuk Nota Kursus

Kelayakan ke Program Diploma Eksekutif
Peserta yang lulus SPM dan Modul 1,2,3 Usuluddin layak mengikuti pengajian peringkat Diploma Eksekutif (Diploma Eksekutif Pengajian Syariah/Diploma Eksekutif Pengajian Usuluddin) yang ditawarkan oleh pusat ini.

 http://www.umcced.edu.my/Certificate/SPU.html

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DAN BAHASA ARAB secara PJJ untuk orang awam . Sesuatu yang difikirkan.....

Assalamualaikum.. 

Sesuatu yang difikirkan sejak dulu.. menunggu masa, detik, waktu...

Semoga.....Allah membuka ruang dan peluang untuk hambaNya ini....

Amiinn...


DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DAN BAHASA ARAB secara PJJ untuk orang awam

OBJEKTIF:
Kolej ini dapat membantu orang ramai mempelajari Agama Islam dengan mendalam, tersusun dan sistematik serta boleh dipertanggungjawabkan bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti ibadah terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

SYARAT KEMASUKAN:
  • Memiliki SPM / 4 Thanawi / setaraf
  • Mempunyai minat yang mendalam 
  • Berdisiplin dan sanggup mematuhi peraturan
  • Ikhlas dalam menuntut Ilmu
YURAN PENGAJIAN
Yuran Pengajian yang dikenakan sangat rendah dan mampu kepada semua lapisan masyarakat untuk tujuan menuntut ilmu. Semua pelajar KPTI layak memohon Dernasiswa LZS sebanyak RM700 setahun.

PENGAMBILAN
Pengambilan 2 kali setahun. Sesi Jan & Sesi Julai setiap tahun. Manakala program PJJ pengambilan terbuka sepanjang tahun.


SEMESTER 1
SEMESTER 2
SEMESTER 3
Tarikh Tashrik
Fiqh Ibadah
Pengurusan Islam
Usul Tafsir
Fiqh Munakahad
Ekonomi Islam
Usul Fiqh
Fiqa Muamalat
Tasauf Islam
Ulum Al-Quran
Fiqa Jinayyat
Anabawiyah
Ulum Hadith
Hafazan & Tajwid
Tamadul Islam
Bahasa Inggeris 1
Bahasa Inggeris 2
Qawaid Fiqahiyyah
Bahasa Arab 1
Bahasa Arab 2
Dakwah Islamiah
Aqidah Islam
Akhlak Islamiah
Kaedah Penyelidikan


SEMESTER 4
SEMESTER 5
SEMESTER 6
Kertas Projek
Hadith Ahkam
Fiqh Sirah
Mustalah Hadith
Ayat Ahkam
Nizam Al-Qadha’
Tafsir Al-Quran
Misail Fiqhiyyah
Faraid / al-Mawarith
Hadith Nabi
Sistem Pentd. Undang-undang Islam Di Malaysia
Falsafah Perundangan
Islam
Bahasa Inggeris 3
Bahasa Inggeris 4
Mantiq
Bahasa Arab 3
Bahasa Arab 4
Falak Syariah
Ko-kurikulum
Komputer
Madkal Ila Fiqh Islami
Bahasa Malaysia
Pengajian Malaysia
Syiasah Syariah


TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian selama 6 semester atau 3 tahun untuk Diploma yang ada LAN/MQA, dan Diploma 1 1/2 tahun untuk tujuan peningkatan ilmu serta Tauliah Jabatan Agama Islam Negeri.

BENTUK PENGAJIAN
Pengajian secara separuh masa pada hujung minggu & secara jarak jauh (PJJ)

PENGANUGERAHAN
Para pelajar yang hadir kuliah, menyiapkan tugasan , lulus peperiksaan dan menyempurnakan kertas projek akan dianugerahkan Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab KPTI. Lulusan KPTI juga layak memohon Tauliah Dakwah daripada mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri dan boleh melanjutkan ke tahun akhir ijazah yang diiktiraf JPA, di Universiti Islam Indonesia (IAIN), Universiti AL-Azhar Mesir & Universiti Jordan. Manakala Kolej Darul Hikmah (KHD) boleh menerima perpindahan kredit bagi tujuan LAN & MOA.

CAWANGAN-CAWANGAN KPTI
  • KPTI Ibu Pejabat Sabak Bernam
  • KPTI Cawangan Ipoh
  • KPTI Cawangan Taman Medan
  • KPTI Cawangan Kelana Jaya
  • KPTI Cawangan Bandar Baru Bangi
  • KPTI Cawangan Kajang

UNTUK PERMOHONAN:
 Sila print borang dibawah ini. dan pos ke alamat KPTI:
No. 45 Jalan TP-01, Taman Perdana, Jalan Pasar 45300 Sungai Besar, Selangor.
atau emailkan butiran-butiran anda ke:
kptialinsaniah@yahoo.com
atau
kptialinsaniahmalaysia@gmail.com 
 

 http://kptialinsaniahmalaysia.blogspot.com/2012/10/diploma-pengajian-islam-dan-bahasa-arab_16.html

 

Denganmu aku hidup-Opick

Denganmu aku hidup
Denganmu aku mati
Hanyalah padamu
hanyalah untukmu
Hidupkan dijalani

Padamu ku berserah
Padamu ku berpasrah
Hanyalah padamu
Hanyalah untukmu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbir



Reconnecting with Al quran

Apakah tujuan hidup kita?
Apa matlamat hidup kita?
Apakah hakikah penciptaan kita dimuka bumi ini?

Semua terjawab dengan connect diri kita dengan al quran...

Tidak pernah terlambat untuk belajar al quran...
Tidak usah terburu-buru belajar al quran ingin cepat pandai...
Atau cepat hafal surah..
Atau cepat habis...

Rasulullah sendiri mengambil masa selama 23 tahun untuk belajar al quran...

Yang penting mula belajar
Mula hafal...
Mula fahami maknanya....

Sedikit...sedikit... Dan istiqamah lebih baik dari banyak....

Jom muhasabah diri.....





Kerana kita air....

Alhamdulillah....
Dengan segala petunjukNya...
Allah maha kaya....
Allah maha penyayang....
Allah maha mengetahui......

Sungguh diri tak tertanggung....
Sungguh diri tak sempat memikir....
Letih dengan sekeliling....
Letih dengan darah yang mengalir......
Walaupun sama merah....
Walaupun sama daerahnya.....
Walaupun menghuni ruang yang sama....

Memang air dicincang tak kan putus...
Air yang memekat menjadi agar-agar...
Air yang mengeras menjadi ketulan ais...
Air yang panas akan meruap....

Ya..kita air dari asal yang sama....
Ya...nama keturunan kita air.....
Namun, masa menentukan....
Liku kehidupan mencorakkan....

Walau terkadang rupa kita masih sama...
Ya kita air....
Kita mungkin menjadi air kopi...
Kita jua boleh menjadi air limau...
Kita mungkin menjadi air sirap...
Bahkan kita jua boleh bercampur air zam zam...
Sucikah kita...?

Apapun kita tetap air.....
Sehingga detik terakhir....
Penat memikirkan...
Sehingga detik akhir...
'Kanak-kanak pon akan beruban...'

Alhamdulillah....
Dengan segala petunjukNya...
Allah maha kaya....
Allah maha penyayang....
Allah maha mengetahui......

Tuesday 8 October 2013

Ombak dosa...

Ombak rindu?
Atau ombak dosa?
Maka itulah sebabnya tsunami menggila..
Orang yang tiada kena mengena pon terpaut sama...
Bagaimana hasil keturunannya..?
Ada jaminankah ombak rindu mengulang semula...
atau sejarah ombak rindu, menjadi ombak dosa dan tsunami menggila terpamer semula?
Mahukah kita mengulang tsunami mengila?
umpama menonton filem hitam putih si sutradara?
Tidak jemu, atau adakah tidak faham jalan cerita?
Atau hanya sekadar menghabis masa menghibur derita?
Sampai bila ingin mengulang dosa...?
Atau butakah kita?
Tanpa rahmat dan hidayahNya
Siapalah kita...
Sekerdil semut hitam di atas batu hitam di malam kelam..
Siapa yang sedar..siapa yang nampak...
Hanya si Pencipta Agung peduli..
Hanya dia pemberi cahaya...

Asma
11.00am
09102013

Hari-hari dosa!


Harapan yang tidak tertunai terdetik kekecewaan
Kekecewaan berterusan menjadi kehampaan
Kehampaan berulang membenih kebencian
Kebencian tertanam bertukar kemarahan
Kemarahan tak terkawal meranapkan kesetiaan, penghormatan, pengorbanan..
Akhirnya yang tinggal cuma sebuah dosa yang terkesalkan
dan...janganlah letih dan berputus asa..
untuk terus bertaubat dan beristigfar...
Kerana kita hanya manusia biasa..
Kerana kita bukanlah maksum...
Akan sentiasa terbuka...
Pintu rahmatnya...sehinggat detik terkunci rapat
Tidak guna penyesalan lagi...
Ingatlah...kehidupan adalah ujian...
Buat insan bergelar manusia...
Yang sentiasa leka dan lalai...
Walau seringkali ujian gagal...
Allah masih memberi peluang untuk ujian seterusnya....
Untuk kita beringat...
Untuk kita sentiasa memohon rahmat...
Untuk kita sentiasa memohon hidayahnya...
Kerana tanpa hidayah....
Kita akan terus sesat...
Kita akan terus leka...
Kita akan terus alpa...
Bangun dan sedarlah...
Bertaubatlah kerana setiap hari kita penuh dosa.....

Asma
9.50am
9/10/13

Friday 4 October 2013

Disember...disember 2013

Assalamualaikum...
Lamanya tak menjenguk blog. Dah bersarang dah sarang labah2. Sangat la sibuk starting from August to Diesember 2013. Target nak siapkan all eksperiment dengan material PVA baru ni. Harap-harap dipermudahkan lah. Amiinn...
Ada banyak paper yang perlu ISI lulus. Allah paniknya. Harap dapat la Publish paper dalam ISI jurnal before Januari 2014.
Semoga Allah memberi hambanya ini hikmah dan jalan.
Semoga juga anak2 dan suami sihat.
Semoga juga Abah akan bertambah sihat.
Semoga diri sendiri juga sihat utk melaksanakan semua tgjwb.

 Sekarang my supervisor ask me to go to another conference. I pilih nak pegi yg dekat2 je. Sbb takde budget dah yg mahal2. Yang lepas dah habis about 8K total flight n honeymoney 13 hari di Italy. Next conference kat KL je. Pada November 2013. Hope semua berjalan lancar. Next I plan nk pegi ke conference di Tokyo on 28-30 march 2013. Harap dipermudahkan olehNya. Amiin... Ya Rabb...

So teruskan bekerja...lupakan semua halangan. Teruskan berusaha. Senyum selalu. :)

Thursday 3 October 2013

Peranan akidah dan soalan dalam kubur....

Tiap bayi yang lahir adalah dalam agama fitrah dengan iman.
Iman yang tidak diperkasa akan layu.
Apakah iman yang sah disisi Allah?
Di akhirat kelak umat islam terbahagi kepada 72 golongan. Cuma satu golongan akan masuk ke syurga. Siapakah mereka?
Ahli Sunnah wal jamaah!
Kita haru memantapkan akidah..
Soalan melibatkan akidah sudah diketahui bersama jawapan
Siapakah TUHAN mu ?
Siapakah NABI mu ?
Apakah AGAMA mu ?
Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu?
Siapakah SAUDARA mu ?

Nak menjawabnya memerlukan akidah yang sah iaitu akidah ahli sunnah wal jamaah.
Jadi perlulah fikir dan renungkan
Adakah kita kenal Allah?
Adakah kita kenal Rasulullah?
Apakah itu islam?
Apakah isi2 Al quran?
Bagaimanakah hubungan kita dengan saudara islam kita?

Persoalan pertama siapa Tuhanmu? Ibarat kita menjadi tetamu di rumah orang, mestilah kita mengenali tuan rumah sebelum kita menginap dirumahnya. Kalau tidak kita umpama tidak hormat kepada tuan rumah.
Begitulah kita yang tumpang bersinggah di dunia sementara milik Allah ini. Layakkah kita menumpang di buminya tanpa mengenali pencipta agung ini?

Fikirkan dan mulakan langkah untuk kukuhkan akidah.
1. Bertaubat lah (solat taubat dan beristigfar)
2. Carilah kitab kenali tuhanmu, rasulmu
3. Belajar la cara hidup islam sebenar
4. bacalah al quran dan cuba fahami maksudnya...
5. Baiki hubungan dengan ahli keluargamu, guru2 mu, sahabatmu, kenalanmu.

Semoga kita termasuk dalam golongan ahli sunnah wal jamaah yang sah.
Amiin...
Perkongsian ikim 9-9.30 (4/10/2013)