Thursday 6 February 2014

Cerita HEBAT...!

Assalamualaikum,

Sepanjang minngu ni, saya terkesan dengan perkataan HEBAT...! Pengalaman menarik minggu ni jalan juga lengang. Alhamdulillah pergi balik KL-BSP cuma ambil masa setengah jam. Mungkin masih ramai bercuti. Dek kerana ada masa balik awal di hari Selasa, berpeluang bagi anak-anak main di luar rumah dulu sebelah petang sebelum maghrib.
Main basikal, sibuk cabut pokok-pokok tanaman ibu, sibuk nak tolong siram pokok, sibuk skor bola dalam gelung bola keranjang, sibuk sepak bola dan saling mengusi dua beradik. Sedang sibuk ibu menyiram pokok, Adam dan Ali bermain bola tiba-tiba terdengar suara Adam, "Sepak bola tu adik... Wah HEBAT adik. Adik pon tendang lagi bola la terdengar lagi suara Adam, HEBAT!! Adik HEBAT!!!
Sampai hari ini perkataan HEBAT terngiang-ngiang. Tak sangka dah besar pon seorang abang bernama Adam hingga mampu mendorong adiknya untuk bersemangat bermain. Malah pilihan perkataan HEBAT tu macam dah lama tak terdengar di cuping telinga. Mungkin hanya didengari diseminar motivasi zaman sekolah dulu sahaja.
HEBAT! Perkataan yang beri kesan bukan sahaja pada seorang kanak-kanak malah kita dewasa juga. Walaupun perkataan HEBAT tu bukan Adam tujukan untuk ibu, tetapi kesan tempiasnya sehingga berhari-hari.
Disebalik pelbagai dugaan dan cabaran bergelar pelajar, pekerja, isteri dan ibu. Kekurangan masa untuk dibahagikan kepada semua tanggungjawab itu. Masa setengah jam bermain bersama anak-anak memberi impak besar untuk seorang ibu. Menjadikan diri ibu seakan HEBAT minggu ini. Alhamdulillah...
Kita mungkin tidak dilahirkan HEBAT menjadi insan, ayah atau ibu, pelajar atau pekerja. tetapi insan sekeliling lah mengajar kita menjadi insan HEBAT. Dan anak-anaku Adam Umar dan Ali Luthfi, terima kasih kerana mengajar dan memberi pengalaman kepada ibu supaya menjadi ibu lebih baik. Saya belajar menjadi ibu daripada mereka....