Thursday 30 May 2013

Cadar anugerahmas collection


Best quality quilt. Mudah mengemas cadar. Senang dibasuh, ringan, cantik, dengan dua corak berbeza dihadapan dan belakang. Kandungan satu cadar bedspread muat untuk saiz queen  dan king dan dua sarung bantal. Jaminan kualiti 100% cotton dan sangat berpuashati. Jaminan nilai harga sangat berpatutan. Dengan pembelian mampu milik. Pembelian melebihi satu layak untuk potongan harga. Beli lebih banyak, lebih murah!

PIlihan cara pembayaran.
1. Cash (RM 175)
2. Installment plan (RM 190)
3. Easy payment (RM 190)
4. Sistem kutu (RM 180)

Penghantaran
1. Pos Laju
2. Penghantaran dan pengambilan sendiri





Contact@WhatsApp Asma : 0132016313
Company Name  : Anugerahmas Resources
Company registration no:002194674-T

Sunday 19 May 2013

Man Jadda Wajadda...

Assalamualaikum. Hari yang cerah, tugas yang menanti. Rutin yang serabut (sebab orgnya serabut). Macam biasa. Kena banyak memakai dan menukar topi. Topi isteri stop sementara lepas hantar suami di muka pintu pergi kerja. Topi Ibu, stop sementara hantar anak-anak ke taska. Topi surirumah, tidak stop selagi tidak meninggalkan rumah...huhu. Dan jalan jam hari ni di sg besi kerana kl hujan teruk. Topi pekerja as usual sepatutnya 8-5 daily. But..cum a student sekarang ni 8-5 plus malam  sepaatutnya 10-3. Allah la yang lebih mengetahui betapa mencabarnya. Dalam hour 8-5 dan 10-3 Topi-topi lain tetap berjalan. Ya Allah bantulah hambamu ni. Keserabutan melampau. Sambil topi-topi lain sibuk nak keluar. Topi kawan, topi menantu, topi anak, topi bisnes. Ya Allah..bantulah hambamu ni... Amiin...

Wednesday 15 May 2013

Grand Lexis Hotel dan swimming poolnya...wuhooo...

Assalamualaikum

Catatan perjalani kami penuh dengan limpah dan anugerah olehnya. Kali ini kami ke Grand Lexis PD untuk menyambut birthday Ayah anugerah..en Fendi! Awal 2 hari, sepatutnya pada 15/4 tapi sebab jatuh hari isnin jadi diawalkan pada 13/4. Catatan sebelum ini adalah mengenai Ostrich farm di PD. Kemudiannya kami ke hotel untuk daftar masuk sebelum pukul 4. Kalau tak kami punya booking akan terbatal. Maka bergeggaslah kami ke hotel dari Ostrich farm tu. Alhamdulillah sampai sebelum pukul 4.

Booking direct dari website Grand lexis sebab inginkan gomen rate, Hihi...alhamdulillah dapat. Tapi if buat early booking boleh save sampai 30%. Tapi ini kan last minit planning. Huhu...sangat la keciwa. Tak pe la dapat gomen rate pon jadi la.

Masuk je terus tengok set kopi. Wah...meriah...



Ada microwave juga..kot ada yg tapau pizza ke, bubur anak ke, bawa bekal nasi goreng ke... hihi..boleh la panaskan.
 
Kolam yang sangat-sangat dinanti untuk diterokai...hihi


Yea... happy dah budak berdua tu main air...

Oh ya katil queen yang sangat best. Sebab bukan la katil sangat pon hanya dibina platform kayu yang diletakkan tilam queen diatasnya. Dua pulak tu. Memang anak-anak golek sana sini la.
Taman mainan anak-anak lepas mandi pun gagah lagi.
Lanun bar... Adam takut..katanya hantu!

View dari atas tempat parking. Actually ada mini kid pool. Tapi kami tak sempat turun untuk bermain kat bawah. Dari sini nampak bilik kami bertentangan dengan pool kanak-kanak tu.
 View dari atas untuk bilik atas air yang ada cermin boleh nampak laut tu. Mr hubby kata dulu tak payah la bawa budak-budak atas hotel bawah air nanti ada hantu air...hahaha... Tapi memang tak berapa best sangat kami rasa bilik atas air tu. Katil dia macam common katil kat hotel lain. Lagi satu malam tu hujan, penghuni bilik hotel atas laut ni kata, pintu swimming pool bergegar, angin laut kuat menghentam bilik. Bilik kami ok je. Tido nyenyak tak sedar diri. katil pon best. Tak payah risau anak nak jatuh katil, lagipun katil besar. Hihi..

Dan yang terakhir, esoknya 15/4/13 kami menyambut birthday our hero. Husband and father to our anugerah. Semoga kami tabah menempuhi segala rintangan yang mendatang. Amiin...









Tuesday 14 May 2013

Anugerah susu untuk Ali, berkat air zam-zam, cabaran sewaktu ke Italy selama 13 hari.

Assalamualaikum. Entry kali ni sebenarnya ingin menceritakan pengalaman pertama kami meninggalkan our anugerah selama 13 hari. Wow hari yang panjang. Perjalanan ni kami tunggu dgn rasa yg sgt teruja. maklum la masing-masing tak pernah sampai ke tempat org yang bahasanya macam ayam dgn itik. Itali bukanlah negara yang penduduknya boleh berbahasa inggeris okey!

Our journey start at 1/3/2013. Our flight is at 2345. Oh gosh how can we leave our anugerah behind. Ali dan mcm protest tak mahu kat ibu. Asyik peluk atuk ngan nenek je. Huhu..sedih..pilu...hati seorang ibu. Agaknya dia pon merasakan apa yg kami rasa. Hampir 2 minggu terpaksa berjauhan. Adam pula sgt teruja pertama kali tengok byk sgt kapal terbang. Walaupon malam, ada lampu pon jadilah. Alahai anak...kesiannya. Saat nak berpisah, Ali tak mahu ibu dukung, Adam pulak siap lambai-lambai mungkin belum mengerti apa yang dilakukan oleh ayah dan ibunya. Aduh kami pula sedih, berdebar ingin meninggalkan anak-anak. Semoga semuanya baik-baik saja.

Untuk Adam, ibu tidak risau sangat. Adam dah besar, sudah 2 tahun 5 bulan saat itu, Ali pula baru 1 tahun 2bulan. Masih kecil, yang mana tidur malamnya bawah ketiak ibu, minum susunya cap ibu, terjaga malam peluk ibu. Aduh..macam mana la Ali nak bertahan ni. Tambahan pula stok susu beku Ali sangat sedikit. Dari perkiraan jika Ali minum 5 botol sehari (3 siang dan 2 malam), mungkin cuma mampu bertahan untuk 10 ke 11 hari sahaja. Stok susu tak sampai 100 botol pon. Sangat risau semasa dapat tahu akan meninggalkan our anugerah selama itu. Tetapi peluang sekali sahaja kan seumur hidup. Maka kami bertawakal sahajalah. Alhamdulillah selepas 13 hari tu masih berbaki 1 botol susu. Anak-anak makan banyak, ditambah pula diberi susu kotak, milo dan sebagainya mencukupkan keadaan yang terpaksa.

Cuma dugaan lain pula datang, oleh kerana masa dan kepenatan, rutin mengepam tidak seperti biasa. lepas turun flight 1/3 mlm, cuma 2/3 pkl 8 mlm baru kami sampai hotel. Masa tu sakitnya cik B bukan kepalang. Cuba pam guna manual pam avent. Masa tu dapat 2 gelas tinggi susu. Tak pam sampai kosong sebab rasa sayang. Yang dah dua gelas tu pon tak tahu nak buat apa. Teringat anak-anak. Lepas tu setiap hari kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat..letih, masa dan tempat yang sesuai untuk mengepam tidak ada. Maka rutin mengepam berkurangan. Kemudiannya saat kami tiba di Venice pada 6/3 apabila keadaan tenang sedikit cuma 1 botol kecil avent mampu dipam. Pengurangan yang maha dasyat. Sudah mula risau. Tapi bertawakal saja lah pada Allah.

 Susu Ali pengepaman pada 7/3/13 di Hotel Continental Venice (cantek perabut hotel ni).

Kepulangan kami pada 13/3/13 sangat mengujakan. Sebab dah rindu sangat-sangat pada our anugerah. Ali masih lagi tak mahu dengan saya ibunya seperti saat sebelum bertolak dulu. Mungkin marah ditinggalkan. Keinginan untuk menyusu tidak terlaksana. Ali menolak. Aduh sedihnya. Tak mengapa Allah lebih mengetahui. Rezeki Allah tentukan. Malam itu Ali tidur juga dengan saya setelah terlelap di tempat lain. Malam itu dia menyusu semula. Tetapi dia tidak kenyang. Kesian sangat pada dia. Saya buat keputusan untuk bancuh susu abangnya dan beri pada dia. Kemudian dia tidur lena.

Esoknya saya berdoa banyak-banyak dan berfikiran positif. Susu akan kembali. Saya mengepam setiap masa yang terluang. Susu yang dipam tidak sampai satu ounce pon. Sama seperti mengepam susu awal ibu yang banyak colostrum tu. Warnanya juga kuning pekat, mungkin hasil dari makanan di italy saya banyak makan buah oren. Saya kerapkan minum air masak. Sekurang-sekurangnya 1.5 litre susah sangat sebab saya tak suka minum air masak. Tapi demi anak. Saya disiplin amik suplement shaklee, untuk jaga kesihatan emosi dan diri.

Dari 14-18 Tiada stok susu yg banyak. Saya berjaya mengumpul 2 botol susu kuning. Tapi ya Allah tertinggal di rumah mertua. 17/3 tiada stok susu. Saya cuba pam dan dapat cuma dua botol. Macam mana ni Ali minum lebih kurang 4-5 botol siangnya. Saya dapat dua botol tu pon hasil dari susu yang ditambah air zam-zam. Saya dah pening macam mana nak bagi bekalan susu anak mencukupi. Mula-mula saya cakap pada pengasuh taska, tolong saya, sebab saya nak buat stok semula sekarang ni. habiskan bekalan susu pam tu, bagi anak saya makan banyak, kalau anak saya tak cukup dan haus lagi, baru bancuh susu abangnya untuk Ali. Alhamdulillah mereka banyak membantu saya. Saya terus tawakal, doa, minum air banyak-banyak, makan kurma, minum air zam-zam dan makan suplement shaklee. Saya cuba nak bangun buat power pumping tapi tak berdaya, mungkin masih penat, jetlag lg...

Susu yang satu saya jadikan dua dengan menambah air zam-zam. Susu yang dipam dapat dua, saya jadikan 3. Susu yang dapat 3 saya jadikan 4. Bila dh ada 4 botol, saya bagi taska 3 botol hasil pam semalam, bersama hasil susu yang dipam setiap pagi. Masa mula-mula pam pagi cuma dapat dalam 2 oz lebih tapi saya tambah sehingga 3 oz. Sebab anak saya minum dalam 3 oz lebih@ 90ml sekali minum. Jadi saya dapat bekalkan anak 4 botol sehari. Satu lagi botol saya bekukan simpan untuk buat stok. Hari minggu pon kadang-kadang ada masa saya pam. Jadi saya ada lebih stok 1 ke 2 botol hari minggu. Ambil masa lebih kurang 2 minggu juga. 1 minggu yang pertama memang menduga emosi kerana susu yang di pam sampai 1-2 ounce. Tapi terus pam setiap sekutang-kurangnya 3 jam, doa, istiqamah. Minggu kedua nampak pertambahan jumlah susu dah boleh dapat 2-3 oz. Masuk minggu ketiga saya dah sedikit sibuk, saya dah boleh dapat sehari 4 botol, saya selesa sikit maka saya buat seperti sebelum ini cuma pam 2 kali sehari. Bangun pagi pukul 7 dan petang pukul 6-7. Pagi saya dapat dua botol, petang saya dapat 4 botol (semua botol ditambah air zam-zam dlm 5ml. Sekarang alhamdulillah saya dah boleh bagi bekalan susu 5 botol setiap hari. Tapi yang peliknya saya dah terbiasa tambah sedikit air zam-zam. Stok juga dah ada hampir 20 botol. Biasanya hari jumaat saya cek stok ada dalam 18-20 botol. Alhamdulillah saya berjaya lalui saat getir itu. Terima kasih Allah. Berkat air zam zam juga.

Semoga catatan ini dapat memberi kenangan terindah dan pendorong buat saya untuk mengepam demi memenuhi tuntutan menyusukan Ali selama 2 tahun. Aamiin...




Monday 13 May 2013

Al Quran kamus ilmu lengkap..sumber rujukan terulung!!

Assalamualaikum...

Perjalanan saya untuk mengajar anak saya al quran adalah dari kenangan bagaimana arwah mak saya mengajar saya mengaji. Subhanallah saya tak pernah lupa saat itu.

Kemuadiannya dari akaun facebook saya bertemu flashcard hijaiyyah. Saya juga telah memberlinya...tetapi terbiar lama dia dalam kotak. Sehingga..saya suatu hari anak saya dua orang tu bermain terkeluar semua kad-kad tu. Kerana tak mahu bersepah..saya ambil dan simpan semula. Tetapi saya tertinggal satu huruf iaitu ba. Anak saya yg kecil terjumpa dan sy mnyebutnya. MasyaAllah cuma sekali itu dia kenal hingga kini huruf ba. Tetapi huruf lain masih keliru.

Dari saat itu, saya keluarkan semua huruf itu dan tampalnya di dinding. Setiap hari saya mengajarnya. Tapi mungkin sebab huruf tu terlalu banyak dan dipaparkan semua sekali. Maka mereka tetap mengenal ba lebih baik. Huruf-huruf yang lain bercampur aduk.

Saya cuba memahami semula bagaimana mengunakan kad Hijaiyah tu. Saya pon mula pencarian melalui en google. Kebetulan hari yang sama saya menonton pesan Atok di tv9 muncul seorang kanak-kanak yang comel iaitu darwish mengalunkan surah hafalanya. Dari en google..saya dapati darwish mempunya kakak bernama darwisha dan keduanya sudah hafal 30 surah terakhir mereka dan diberi sijil hafalan oleh Darul Huffaz. Saya temui pelbagai lagi blog dan youtube bagaimana ibu bapa islam yang menekankan pengenalan al quran seawal bayi dilahirkan lagi. MasyaAllah... Ketinggalllangnya hambamu ini.

Blog ibu darwish dan darwisha
http://darwishndarwisya.blogspot.com/

Blog kendalian Pn Lina Karim memberi tunjuk ajar bagaimana kanak-kanak boleh menghafal al quran semenjak lahir.
http://www.islamicparentingnetwork.com.my/

Darul Huffaz yang mengiktiraf hafalan Darwisya dan Darwis
http://www.darul-huffaz.com/

Blog-blog lain yang mengkagumkan...

http://www.cinta-rasul.blogspot.com/

http://didikanquran.blogspot.com/

Semoga bermanfaat...

Friday 10 May 2013

Rindu arwah mak...

Rindu arwah mak. Dulu.. Takut amik peksa, arwah mak relax je... Jom solat hajat mak jd imam. Hmm tenangnya. Lps solat mak teman bc buku ya... Bila nk jwb soalan mmg sng ingt mak je n usaha bersama mak minta pertolongan Allah. Wah... Semuanya mudah. Apa pon mslh mudah dgn penyelesaian tenang arwah mak. Mak...walaupon kta xmungkin brjmpa lg di dunia ni. Dlm hati ni selamanya ada mak. Mak tiada galang gantinya.... Ya Allah kau cucuri lah rahmat pd Arwah ibuku... Aamiin..

Kisah Ali Luthfi

Rutin biasa ambil anak2 kat taska.
Ibu : Assalamualaikum...Adam...ali
Teacher liza: Ibu datang..cepat...cepat...
Ibu: Adam dan ali ok ke teacher?
Teacher liza: Ok, makan byk sekarang. Adam mkn tengahari 2 kali. Ali makan tak bag org lain sentuh.
Ibu: Ye ke..seleranya
Teacher liza: kak..td kami letak ali duduk dalam baby cot. Lepas tu dia duk jerit tolong.....tolong.....tolong...
Ibu: Aik kenapa..dia tersepit ke panjat ke?
Teacher liza: kak..dia duk tolong...tolong....ayat last skali nak susu.... Ade buat saspen kami je...hihi
Ibu: adoila budak bertuah ni....nak susu je minta tolong bagai...
hihi..kisah diusia ali 1th 3bln....

Kisah adam umar

Kisah huhuhu...!
Ibu: adam.... Cuba duduk diam...diam kesian kt ibu. Ibu sakit kepala ni...
Adam: adam sakit kepala..
I: aik kenapa adam sakit kepala?
A: adam sakit kepala la bu...
I: ye la... Tapi sebab apa boleh sakit kepala?
A: ...adam ooo..ouok.
I: apa dia? Adam sakit kepala knp?
A: sakit kepala....oo..ouk...
(Sambil tunjuk montot)
I: hahaha (hilang sakit kpla sbb kena fikir apa kaitan sakit kepala dgn dia buang air besar)
 

Thursday 2 May 2013

AlPO4 nanoparticle...ooo...nano..oo..nano...

Assalamualaikum...


Ok today I plan to calculate Al/P 1.3 to 3 as suggest in the jurnal chen 2003. Optimal Al/P is 1.3/3 to 1.4 to 3. Meanwhile DDL Chung explain P/AL =3 @<3 will perform as binder if  >3 it behave as acid.
Ok good thing for now.. need to carefully calculate so that i can get a perfect experiment as plan. I am thinking to used only Al(OH) and Al2O3 because if use ALNO3 @ AlSO4 @ AlCl, worried there are element N, S and Cl in the result. But in lab i hv only 1 choice  Al2O3. Next part hope fully dapat as expected with nano inside. Wuhu....

The procedure...still think the best option. wether to stirr and dissolve separately or together. Then of course need to do heat treatment. A simple annealing or furnace at high temperature. Hooo..hooo.. What a journey. Well hopefully after the election... I am in a good spirit and condition to start this thing over. Dear Allah please help me....

Hihi something ilmiah sket......
All the best ASM






Ada apa dengan Anugerah MAS?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah  Anugerah DariNya..adalah MAS.... Anugerah buat kami adalah
Anak-anak
Pasangan
Keluarga
Ibu Bapa
Dan lain-lain lagi.

Dari saat kita dilahirkan, nafas, roh, kehidupan semuanya adalah anugerah. Anugerah yang kita kemudiannya terasa amanah yang amat berat untuk kita antaranya saat selepas akad. Terasa amat berbeza dari sebelum itu. Tidak perlu memikirkan orang lain, diri kita menjadi keutamaan. Berbeza sesudah mempunya pasangan hidup yang sah. Tiba-tiba kita mempunya keluarga lain untuk dihargai. keluarga kita dan keluarga mertua, dua-dua sama penting. Kemudiannya anugerah anak-anak, kita menjadi lebih menghargai ayah dan ibu kata kita dari pandangan yang jauh  berbeza. Mula faham erti sabar, pengorbanan, amanah dan tanggungjawab.

Syukur kepadaNya atas anugerah-anugerah yang tidak ternilai ini. Untuk setiap anugerah ini pastinya tidak datang semudah itu. Tidak bergolek dengan sendirinya. Setiap anugerah kegembiraan itu ada pelbagai dugaan dan cabaran yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun titisan air mata. Semoga Allah melimpahi keberkatan dan sentiasa terpilih menerima hidayah dariNya. Aamiin...

Tanggal 27 Disember 2009, jam 10pg usai akadnya..
Seorang adam menemui rusuk kirinya..
Seorang hawa sudah dimakbulkan doanya..

Namun masing-masing tidak sedar
Setiap kegembiraan tidak datang dengan mudah
Kesabaran menjadi sangat getir untuk dipertahankan,
Seringkali ungkapan difahami tidak seperti dimaksudkan

Intonasi sering bertukar ganti
Luahan tidak dapat didengari
Tidak dapat difahami seperti dingini

Tuhan ku mohon pengertian..
Ku mohon kesabaran...
Ku mohon hati dia untuk disatukan..
Disatukan dalam iringan sayang, kasih dan kasihan

Ku yakin kau maha penyayang
Untuk kami penuh dugaan
Untuk kami tahu kesabaran
Untuk kami tahu erti sebuah anugerah..

Anugerah hati-hati pasangan kami
Anugerah buah hati kami..
Anugerah ayah ibu kami..
Semoga kami menjadi anugerah untuk anak-anak soleh kami..
Aamiinn..

Puisi hati Anugerah MAS( Anugerah untuk Muhamad n.fendi, Adam,Ali (Anak2), aSma-MAS)