Monday 23 June 2014

Mengajar anak mengaji sendiri???

Assalamualaikum....


Siapa yang macam saya dah membeli pelbagai buku, muqaddam, flash kad untuk mengajar anak mengaji tapi tak juga menjadi-jadi. Kadang-kadang buat flash card tu kadang-kadang lupa.. Istiqamah tu tak ada. Ada juga masa give up sebab anak tak mahu duduk diam tengok betul-betul flash card tu.

Saya mempunyai dua orang anak lelaki, saya memperkenalkan flash card alif, ba, ta sewaktu anak sulung saya sudah berumur setahun. Maka dia sangat lasak, tak kan duduk diam. Lepas tu dengan cepat juga ibu nya ini mengalah. Penat. Ye la kan... Bangun pagi kelam kabut siapkan anak, balik petang sampai rumah 6 lebih, masak kemudian pukul 7 baru ambil anak. Lepas tu siapkan masak, layan anak yang nak susu, nak pergi toilet, nak basuh tangan, nak itu, nak ini belum lagi bab tumpah macam-macam, bab bergurau adik beradik sampai menangis-nangis, bab tengah masak anak menangis kat kaki..tarik kain, menyorok dari abangnya....ooh..... memang memenatkan. Suami pulak balik lambat dan hanya akan sampai rumah sekitar jam 8.

Lepas solat magrib, kemaskan dapur, standby untuk hidang makanan pulak, makan, basuh itu ini, kemas meja dalam pukul 9 barulah boleh duduk sekejap hilangkan lelah.
Ok mula la operasi nak ajar anak, tadi tu punya penat sampai xsempat duduk sekarang kena sediakan mental dan fizikal untuk ajar anak mengaji pula. Tapi ya Allah memang menduga kesabaran, rasanya aktiviti lepas makan dan tunjuk flash card ni hanya bertahan paling lama pon dua minggu. kemudian pelbagai dugaan datang antaranya
1. Letih teramat sangat
2. Anak tak bagi tumpuan
3. Anak koyak flash card
4. Ada tugas tertangguh (oleh sebab tengah sambung belajar adalah aktiviti buat paper, kejar dateline dan sebagainya kena buat di rumah).
5. Keluar makan malam
6. Balik kampung, bercuti dan lain-lain lagi.

Adeh terlalu banyak dugaan dan alasan. Tapi alhamdulillah, masih melanggan email dari Pn Lina Karim. Suatu hari terbaca, luangkan la masa walau sekejap. Dan Allah memberi ilham, ok lah penatkan... bacalah bersama-sama anak sekurang-kurangnya sebelum tidur surah-surah tertentu.

Maka saya mulaka dengan surah al ikhlas, kerana baca surah tu tiga kali dah umpama katam 1 al quran. Kemudian saya tambah lagi an nas dan al falaq dan tambah lagi al fatihah. Saya baca je sebelum tidur kuat-kuat. Nak buat mula-mula tu memang malu dengan suami dengan anak-anak. tapi mata dah mengantuk tak fikir apa dah. Baca je. Ada masa anak-anak ikut baca. Ada masa mereka dengar je sambil minum susu. Ada masa berlumba-lumba nak baca sama-sama ibunya.

Dan yang seronoknya saya dah nampak hasilnya. Dan jadi lebih bersemangat!! Anak sulung saya Muhamad Adam Umar sekarang umur 3 tahun 9 bln  dah boleh menghafal 6 surah (al fatihah, al ikhlas, an nas, al falaq, al kafiroon dan al asr. Alhamdulillah la, walaupun dia tak pandai mengeja lagi sekurang-kurangnya dapat hafal pon jadi lah.

Anak kedua saya Muhammad Ali Luthfi sekarang 2 tahun 5 bulan sudah boleh baca al ikhlas, an nas dan al fatihah dengan pelat yang sangat kiut... Hihi comel sungguh!!

Dan oleh sebab dah bersemangat nampak hasilnya. Saya mula membeli CD juz amma untuk di pasang di dalam kereta. Kerana walaupun sekejap kurang dari 5 minit masa diluangkan untuk mengaji, memori kanak-kanak ini seperti span. Boleh serap sekejap sahaja.

Sekarang saya juga sudah seronok nak dengar bacaan-bacaan mereka di waktu terluang, lepas makan, bangun pagi, di dalam kereta, sewaktu bersiap nak keluar bersiar-siar dan lain-lain lagi. In sya Allah saya akan rakamkan pula bacan mereka yang sungguh comel itu nanti untuk kenangan saya, suami dan juga anak-anak. Semoga mereka membesar menjadi anak yang soleh.. Amiin...

Semoga juga saya istiqamah. dan tidak mudah berputus asa untuk mengajar mereka sehingga mereka hafal 30 surah terakhir dan seterusnya menjadi al hafiz yang berjaya di bidang masing-masing sama ada sebagai ustaz, jurutera, juruterbang atau apa sahaja.

Seperti kata Pn Lina Karim, jangan tunggu kita menjadi hafizah baru mengajar anak untuk menjadi hafiz, sebaliknya berusaha lah bersama mereka! Dalam semua bidang pon...



Link islamic parenting network kendalian Pn Lina Karim
http://www.islamicparentingnetwork.net/

Blog IPN
http://blog.islamicparentingnetwork.net/wp/

Link video kanak-kanak cilik menghafal al quran
http://cinta-rasul.blogspot.com/

Semoga bermanfaat...

Senyum :)

Anugerah Darinya
Adam dan ali
24 Jun 2014

Usaha 5 minit sehari untuk mengajar anak al quran

Assalamualaikum....

Sharing is caring..

Untuk kawan-kawan dan ibu-ibu yang mencari mp3 untuk dengarkan pada anak-anak...
Seperti dicadangkan pn lina karim dari islamic parenting network..

Dari qari Mishari Rashid..
Boleh download secara percuma...

-pasang di dalam rumah
-pasang dalam kereta

Cuma 5 minit sehari@10 minit
kalau tak boleh sangat, sebelum tidur baca sikit-sikit bersama anak-anak.

Selamat mencuba...
Semoga dapat manfaat dan boleh istiqamah

Senyum :)


http://quranicaudio.com/quran/5