Thursday 2 May 2013

Ada apa dengan Anugerah MAS?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah  Anugerah DariNya..adalah MAS.... Anugerah buat kami adalah
Anak-anak
Pasangan
Keluarga
Ibu Bapa
Dan lain-lain lagi.

Dari saat kita dilahirkan, nafas, roh, kehidupan semuanya adalah anugerah. Anugerah yang kita kemudiannya terasa amanah yang amat berat untuk kita antaranya saat selepas akad. Terasa amat berbeza dari sebelum itu. Tidak perlu memikirkan orang lain, diri kita menjadi keutamaan. Berbeza sesudah mempunya pasangan hidup yang sah. Tiba-tiba kita mempunya keluarga lain untuk dihargai. keluarga kita dan keluarga mertua, dua-dua sama penting. Kemudiannya anugerah anak-anak, kita menjadi lebih menghargai ayah dan ibu kata kita dari pandangan yang jauh  berbeza. Mula faham erti sabar, pengorbanan, amanah dan tanggungjawab.

Syukur kepadaNya atas anugerah-anugerah yang tidak ternilai ini. Untuk setiap anugerah ini pastinya tidak datang semudah itu. Tidak bergolek dengan sendirinya. Setiap anugerah kegembiraan itu ada pelbagai dugaan dan cabaran yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun titisan air mata. Semoga Allah melimpahi keberkatan dan sentiasa terpilih menerima hidayah dariNya. Aamiin...

Tanggal 27 Disember 2009, jam 10pg usai akadnya..
Seorang adam menemui rusuk kirinya..
Seorang hawa sudah dimakbulkan doanya..

Namun masing-masing tidak sedar
Setiap kegembiraan tidak datang dengan mudah
Kesabaran menjadi sangat getir untuk dipertahankan,
Seringkali ungkapan difahami tidak seperti dimaksudkan

Intonasi sering bertukar ganti
Luahan tidak dapat didengari
Tidak dapat difahami seperti dingini

Tuhan ku mohon pengertian..
Ku mohon kesabaran...
Ku mohon hati dia untuk disatukan..
Disatukan dalam iringan sayang, kasih dan kasihan

Ku yakin kau maha penyayang
Untuk kami penuh dugaan
Untuk kami tahu kesabaran
Untuk kami tahu erti sebuah anugerah..

Anugerah hati-hati pasangan kami
Anugerah buah hati kami..
Anugerah ayah ibu kami..
Semoga kami menjadi anugerah untuk anak-anak soleh kami..
Aamiinn..

Puisi hati Anugerah MAS( Anugerah untuk Muhamad n.fendi, Adam,Ali (Anak2), aSma-MAS)

No comments:

Post a Comment