Monday 13 May 2013

Al Quran kamus ilmu lengkap..sumber rujukan terulung!!

Assalamualaikum...

Perjalanan saya untuk mengajar anak saya al quran adalah dari kenangan bagaimana arwah mak saya mengajar saya mengaji. Subhanallah saya tak pernah lupa saat itu.

Kemuadiannya dari akaun facebook saya bertemu flashcard hijaiyyah. Saya juga telah memberlinya...tetapi terbiar lama dia dalam kotak. Sehingga..saya suatu hari anak saya dua orang tu bermain terkeluar semua kad-kad tu. Kerana tak mahu bersepah..saya ambil dan simpan semula. Tetapi saya tertinggal satu huruf iaitu ba. Anak saya yg kecil terjumpa dan sy mnyebutnya. MasyaAllah cuma sekali itu dia kenal hingga kini huruf ba. Tetapi huruf lain masih keliru.

Dari saat itu, saya keluarkan semua huruf itu dan tampalnya di dinding. Setiap hari saya mengajarnya. Tapi mungkin sebab huruf tu terlalu banyak dan dipaparkan semua sekali. Maka mereka tetap mengenal ba lebih baik. Huruf-huruf yang lain bercampur aduk.

Saya cuba memahami semula bagaimana mengunakan kad Hijaiyah tu. Saya pon mula pencarian melalui en google. Kebetulan hari yang sama saya menonton pesan Atok di tv9 muncul seorang kanak-kanak yang comel iaitu darwish mengalunkan surah hafalanya. Dari en google..saya dapati darwish mempunya kakak bernama darwisha dan keduanya sudah hafal 30 surah terakhir mereka dan diberi sijil hafalan oleh Darul Huffaz. Saya temui pelbagai lagi blog dan youtube bagaimana ibu bapa islam yang menekankan pengenalan al quran seawal bayi dilahirkan lagi. MasyaAllah... Ketinggalllangnya hambamu ini.

Blog ibu darwish dan darwisha
http://darwishndarwisya.blogspot.com/

Blog kendalian Pn Lina Karim memberi tunjuk ajar bagaimana kanak-kanak boleh menghafal al quran semenjak lahir.
http://www.islamicparentingnetwork.com.my/

Darul Huffaz yang mengiktiraf hafalan Darwisya dan Darwis
http://www.darul-huffaz.com/

Blog-blog lain yang mengkagumkan...

http://www.cinta-rasul.blogspot.com/

http://didikanquran.blogspot.com/

Semoga bermanfaat...

No comments:

Post a Comment