Wednesday 15 May 2013

Grand Lexis Hotel dan swimming poolnya...wuhooo...

Assalamualaikum

Catatan perjalani kami penuh dengan limpah dan anugerah olehnya. Kali ini kami ke Grand Lexis PD untuk menyambut birthday Ayah anugerah..en Fendi! Awal 2 hari, sepatutnya pada 15/4 tapi sebab jatuh hari isnin jadi diawalkan pada 13/4. Catatan sebelum ini adalah mengenai Ostrich farm di PD. Kemudiannya kami ke hotel untuk daftar masuk sebelum pukul 4. Kalau tak kami punya booking akan terbatal. Maka bergeggaslah kami ke hotel dari Ostrich farm tu. Alhamdulillah sampai sebelum pukul 4.

Booking direct dari website Grand lexis sebab inginkan gomen rate, Hihi...alhamdulillah dapat. Tapi if buat early booking boleh save sampai 30%. Tapi ini kan last minit planning. Huhu...sangat la keciwa. Tak pe la dapat gomen rate pon jadi la.

Masuk je terus tengok set kopi. Wah...meriah...



Ada microwave juga..kot ada yg tapau pizza ke, bubur anak ke, bawa bekal nasi goreng ke... hihi..boleh la panaskan.
 
Kolam yang sangat-sangat dinanti untuk diterokai...hihi


Yea... happy dah budak berdua tu main air...

Oh ya katil queen yang sangat best. Sebab bukan la katil sangat pon hanya dibina platform kayu yang diletakkan tilam queen diatasnya. Dua pulak tu. Memang anak-anak golek sana sini la.
Taman mainan anak-anak lepas mandi pun gagah lagi.
Lanun bar... Adam takut..katanya hantu!

View dari atas tempat parking. Actually ada mini kid pool. Tapi kami tak sempat turun untuk bermain kat bawah. Dari sini nampak bilik kami bertentangan dengan pool kanak-kanak tu.
 View dari atas untuk bilik atas air yang ada cermin boleh nampak laut tu. Mr hubby kata dulu tak payah la bawa budak-budak atas hotel bawah air nanti ada hantu air...hahaha... Tapi memang tak berapa best sangat kami rasa bilik atas air tu. Katil dia macam common katil kat hotel lain. Lagi satu malam tu hujan, penghuni bilik hotel atas laut ni kata, pintu swimming pool bergegar, angin laut kuat menghentam bilik. Bilik kami ok je. Tido nyenyak tak sedar diri. katil pon best. Tak payah risau anak nak jatuh katil, lagipun katil besar. Hihi..

Dan yang terakhir, esoknya 15/4/13 kami menyambut birthday our hero. Husband and father to our anugerah. Semoga kami tabah menempuhi segala rintangan yang mendatang. Amiin...









No comments:

Post a Comment