Tuesday 14 May 2013

Anugerah susu untuk Ali, berkat air zam-zam, cabaran sewaktu ke Italy selama 13 hari.

Assalamualaikum. Entry kali ni sebenarnya ingin menceritakan pengalaman pertama kami meninggalkan our anugerah selama 13 hari. Wow hari yang panjang. Perjalanan ni kami tunggu dgn rasa yg sgt teruja. maklum la masing-masing tak pernah sampai ke tempat org yang bahasanya macam ayam dgn itik. Itali bukanlah negara yang penduduknya boleh berbahasa inggeris okey!

Our journey start at 1/3/2013. Our flight is at 2345. Oh gosh how can we leave our anugerah behind. Ali dan mcm protest tak mahu kat ibu. Asyik peluk atuk ngan nenek je. Huhu..sedih..pilu...hati seorang ibu. Agaknya dia pon merasakan apa yg kami rasa. Hampir 2 minggu terpaksa berjauhan. Adam pula sgt teruja pertama kali tengok byk sgt kapal terbang. Walaupon malam, ada lampu pon jadilah. Alahai anak...kesiannya. Saat nak berpisah, Ali tak mahu ibu dukung, Adam pulak siap lambai-lambai mungkin belum mengerti apa yang dilakukan oleh ayah dan ibunya. Aduh kami pula sedih, berdebar ingin meninggalkan anak-anak. Semoga semuanya baik-baik saja.

Untuk Adam, ibu tidak risau sangat. Adam dah besar, sudah 2 tahun 5 bulan saat itu, Ali pula baru 1 tahun 2bulan. Masih kecil, yang mana tidur malamnya bawah ketiak ibu, minum susunya cap ibu, terjaga malam peluk ibu. Aduh..macam mana la Ali nak bertahan ni. Tambahan pula stok susu beku Ali sangat sedikit. Dari perkiraan jika Ali minum 5 botol sehari (3 siang dan 2 malam), mungkin cuma mampu bertahan untuk 10 ke 11 hari sahaja. Stok susu tak sampai 100 botol pon. Sangat risau semasa dapat tahu akan meninggalkan our anugerah selama itu. Tetapi peluang sekali sahaja kan seumur hidup. Maka kami bertawakal sahajalah. Alhamdulillah selepas 13 hari tu masih berbaki 1 botol susu. Anak-anak makan banyak, ditambah pula diberi susu kotak, milo dan sebagainya mencukupkan keadaan yang terpaksa.

Cuma dugaan lain pula datang, oleh kerana masa dan kepenatan, rutin mengepam tidak seperti biasa. lepas turun flight 1/3 mlm, cuma 2/3 pkl 8 mlm baru kami sampai hotel. Masa tu sakitnya cik B bukan kepalang. Cuba pam guna manual pam avent. Masa tu dapat 2 gelas tinggi susu. Tak pam sampai kosong sebab rasa sayang. Yang dah dua gelas tu pon tak tahu nak buat apa. Teringat anak-anak. Lepas tu setiap hari kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat..letih, masa dan tempat yang sesuai untuk mengepam tidak ada. Maka rutin mengepam berkurangan. Kemudiannya saat kami tiba di Venice pada 6/3 apabila keadaan tenang sedikit cuma 1 botol kecil avent mampu dipam. Pengurangan yang maha dasyat. Sudah mula risau. Tapi bertawakal saja lah pada Allah.

 Susu Ali pengepaman pada 7/3/13 di Hotel Continental Venice (cantek perabut hotel ni).

Kepulangan kami pada 13/3/13 sangat mengujakan. Sebab dah rindu sangat-sangat pada our anugerah. Ali masih lagi tak mahu dengan saya ibunya seperti saat sebelum bertolak dulu. Mungkin marah ditinggalkan. Keinginan untuk menyusu tidak terlaksana. Ali menolak. Aduh sedihnya. Tak mengapa Allah lebih mengetahui. Rezeki Allah tentukan. Malam itu Ali tidur juga dengan saya setelah terlelap di tempat lain. Malam itu dia menyusu semula. Tetapi dia tidak kenyang. Kesian sangat pada dia. Saya buat keputusan untuk bancuh susu abangnya dan beri pada dia. Kemudian dia tidur lena.

Esoknya saya berdoa banyak-banyak dan berfikiran positif. Susu akan kembali. Saya mengepam setiap masa yang terluang. Susu yang dipam tidak sampai satu ounce pon. Sama seperti mengepam susu awal ibu yang banyak colostrum tu. Warnanya juga kuning pekat, mungkin hasil dari makanan di italy saya banyak makan buah oren. Saya kerapkan minum air masak. Sekurang-sekurangnya 1.5 litre susah sangat sebab saya tak suka minum air masak. Tapi demi anak. Saya disiplin amik suplement shaklee, untuk jaga kesihatan emosi dan diri.

Dari 14-18 Tiada stok susu yg banyak. Saya berjaya mengumpul 2 botol susu kuning. Tapi ya Allah tertinggal di rumah mertua. 17/3 tiada stok susu. Saya cuba pam dan dapat cuma dua botol. Macam mana ni Ali minum lebih kurang 4-5 botol siangnya. Saya dapat dua botol tu pon hasil dari susu yang ditambah air zam-zam. Saya dah pening macam mana nak bagi bekalan susu anak mencukupi. Mula-mula saya cakap pada pengasuh taska, tolong saya, sebab saya nak buat stok semula sekarang ni. habiskan bekalan susu pam tu, bagi anak saya makan banyak, kalau anak saya tak cukup dan haus lagi, baru bancuh susu abangnya untuk Ali. Alhamdulillah mereka banyak membantu saya. Saya terus tawakal, doa, minum air banyak-banyak, makan kurma, minum air zam-zam dan makan suplement shaklee. Saya cuba nak bangun buat power pumping tapi tak berdaya, mungkin masih penat, jetlag lg...

Susu yang satu saya jadikan dua dengan menambah air zam-zam. Susu yang dipam dapat dua, saya jadikan 3. Susu yang dapat 3 saya jadikan 4. Bila dh ada 4 botol, saya bagi taska 3 botol hasil pam semalam, bersama hasil susu yang dipam setiap pagi. Masa mula-mula pam pagi cuma dapat dalam 2 oz lebih tapi saya tambah sehingga 3 oz. Sebab anak saya minum dalam 3 oz lebih@ 90ml sekali minum. Jadi saya dapat bekalkan anak 4 botol sehari. Satu lagi botol saya bekukan simpan untuk buat stok. Hari minggu pon kadang-kadang ada masa saya pam. Jadi saya ada lebih stok 1 ke 2 botol hari minggu. Ambil masa lebih kurang 2 minggu juga. 1 minggu yang pertama memang menduga emosi kerana susu yang di pam sampai 1-2 ounce. Tapi terus pam setiap sekutang-kurangnya 3 jam, doa, istiqamah. Minggu kedua nampak pertambahan jumlah susu dah boleh dapat 2-3 oz. Masuk minggu ketiga saya dah sedikit sibuk, saya dah boleh dapat sehari 4 botol, saya selesa sikit maka saya buat seperti sebelum ini cuma pam 2 kali sehari. Bangun pagi pukul 7 dan petang pukul 6-7. Pagi saya dapat dua botol, petang saya dapat 4 botol (semua botol ditambah air zam-zam dlm 5ml. Sekarang alhamdulillah saya dah boleh bagi bekalan susu 5 botol setiap hari. Tapi yang peliknya saya dah terbiasa tambah sedikit air zam-zam. Stok juga dah ada hampir 20 botol. Biasanya hari jumaat saya cek stok ada dalam 18-20 botol. Alhamdulillah saya berjaya lalui saat getir itu. Terima kasih Allah. Berkat air zam zam juga.

Semoga catatan ini dapat memberi kenangan terindah dan pendorong buat saya untuk mengepam demi memenuhi tuntutan menyusukan Ali selama 2 tahun. Aamiin...




No comments:

Post a Comment